Anda masih m mencari-cari suppliment yang sesuai untuk pesakit gout?? Jangan risau, Shaklee boleh membantu anda. Set Vitamin Shaklee membantu mengurangkan masalah Gout. Di mana vitamin ini meuntuk pesakit gout boleh membantu meredakan sakit yang anda hadapi. Selain daripada itu, anda juga perlu mengetahui punca, makanan yang harus dielakkan dan cara mengatasi atau sekurang-kurangnya untuk meredakan kesakitan..

Apakah Gout ?

gout - pengedar shaklee shah alam

 

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pingang tidak berada di tahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari:

  • Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan ‘drug’
  • Stress dan tekanan perasaan
  • Pengambilan protein yang berlebihan
  • Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan

Punca Gout ?

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan. Ini merupakan punca utama masalah gout.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

 Cara mengatasi masalah gout :

  1. Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. kawal berat badan – kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  5. Bersenam

 

Suppliment yang dicadangkan

Advanced Joint Health Tablet

  1. Advance Joint Health – 100% bebas kondrotin. Menyokong keselesaan sendi. menbantu mengekalkan tulang rawan. Kandungan ekstrak jagung merupakan sumber kepada glukosamina (bahan binaan utama bagi membina tulang rawn dan melincirkan sendi).  Ia juga ditemui di dalam tendon dan ligamen. Memelihara tisu pengambung dimana kandungan zink, tembaga, mangan dan vitamin C boleh memelihara tisu penyambung supaya sentiasa sihat. Kandungan ini jugalah yang membekalkan nutrien bagi menyokong kolagen dan tisu peyambung lain yang memberi kekuatan kepada struktur sendi.

OmegaGuardâ„¢

  1. OmegaGuard – Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit dan juga membantu penjagaan kesihatan sendi.

Alfalfa Complex

  1. Alfalfa – untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak. Vitamin dalam alfalfa mampu membantu menyingkitkan asid uric yang berlebihan di dalah darah melalui air kencing. Alfalfa juga mempunyai anti keradangan di mana membantu mengurangkan keradangan dalam sendi yang biasa di alami oleh pesakit gout.

Bolehkan pesakit gout mengambil Vitamin C?

Sustained Release Vita-CTM 500 mg

Pesakit yang mempunyai gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut.

Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

 

Nak lagi penerangan tentang Kesihatan anda tapi tak sempat baca artikel? In sha allah anda boleh bertanya simptom-simton yang anda hadapi dan vitamin yang sesuai untuk keperluan. Anda boleh hubungi saya di:

012-2259665
Pengedar Shaklee Shah Alam dan Seluruh Malaysia
Please follow and like us:
%d bloggers like this: