Bismillah…Saya mulakan dengan masalah kesuburan wanita. Seperti yang sedia maklum, tahap kesuburan wanita tidak sama bagi setiap orang. Masalah Ketidaksuburan Wanita kini menjadi satu masalah kesihatan yang menghantui sebahagian pasangan yang telah berkahwin. Ia adalah keadaan perubatan yang menjejaskan hampir satu dalam 10 pasangan yang cuba untuk hamil. Bagi seorang perempuan, ketidakseimbangan hormon yang mempengaruhi ovulusi adalah salah satu masalah ketidaksuburan utama.

MASALAH SUKAR DAPATKAN ZURIAT.

Definisi Ketidaksuburan: Sekurang – kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran.

Untuk Hamil :-

1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).
2. Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).
3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.
5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.

Kira – kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor – faktor yang dikenalpasti.

Wanita mempunyai pelbagai permasalahan dalam kesuburan wanita di antaranya :

  • Period tidak teratur / Ganguan ovulasi
    • hormon
    • Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur atau pun kebiasaanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. Kitaran ovari yang normal adalah sangat rumit. Walaupun perubahan kecil, ia boleh mengganggu kitaran dan mencegah ovulasi. Dalam kebanyakan kes, masalah yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon termasuk badan tidak boleh menghasilkan hormon tertentu yang cukup atau mungkin gagal untuk melepaskan hormon pada masa yang tepat.

 

  • Telur lambat/tidak matang

Ovulation-to-implantation

    • Satu keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.

 

  • Tiub fallopian tersumbat

images (1)

    • Saluran fallopio merupakan saluran yang penting dalam system reproduktif wanita. Melalui saluran inilah benih lelaki bergerak untuk menemui dan bercantum dengan ovum wanita untuk persenyewaan berlaku. Persenyewaan ini menghasilkan embryo dan saluran tiub fallopio memainkan peranan dalam membekalkan bahan-bahan makanan untuk pergerakan embryo kearah ruang rahim untuk implantasi. Kadang kala tiub fallopio tersumbat disebabkan oleh jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid and endometriosis.
    • Kerosakan pada tiub fallopio boleh menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Sebab-sebab yang mungkin termasuk:

      • Sebelumnya pernah mengalami kehamilan ektopik/ kehamilan luar rahim.
      • Kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan.
      • Pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.
      • Keradangan tiub fallopio

 

  • Endemetriosis

    endo 2

    • Endometriosis berlaku apabila sel-sel yang biasanya bertumbuh di rongga rahim berkembang di kawasan-kawasan di luar rahim, contohnya dalam tiub fallopio, ovari, atau walaupun pundi kencing atau usus mewujudkan persekitaran yang buruk dalam organ-organ ini tidak sesuai untuk hamil. Penyakit endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopio, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Punca penyakit endometriosis masih lagi tidak diketahui. Kebiasaannya, apabila kedatangan haid tisu-tisu endometrium di dinding rahim menebal dan untuk mambantu proses persenyewaan. Apabila tiada proses persenyewaan berlaku, diniding uterus akan luruh dan berlakunya pendarahan haid. Tetapi,sekiranya ada tisu-tisu endometrium di luar rahim seperti di ovari atau di usus, apabila berlaku kedatangan haid, tisu-tisu endometrium ini akan mengeluarkan darah tetapi darah ini tidak dapat mengalir keluar melalui faraj seperti biasa, akibatnya, darah ini akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ peranakan wanita. Endometriosis ini juga boleh mengeluarkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh mematikan benih sperma, telur atau janin. 

 

  • Andenomyosis
  • anda
  • Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat.  Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini.    Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian.   Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).

 

  • Fibrod

fibroid

    • Fibroid adalah ketumbuhan yang berasal daripada tisu pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberi pelbagai masalah kepada kesuburan wanita seperti mengalami haid yang banyak, atau sakit semasa kedatangan haid. Fibroid boleh mengakibatkan masalah kesuburan tetapi terdapat juga ramai wanita yang mengalami masalah fibroid tetapi masih boleh mengandung dan melahirkan anak.
  • PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)
    • PCOS 2
    • Cyst yang berganda terbentuk di dalam ovari. Dalam kebanyakan kes, gangguan ini dikaitkan dengan tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh mengganggu ovulasi. Setengah kesuburan wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.
  • Cyst

Ovarian Cyst

    • Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.Kebanyakkan cyst ini tidak merbahaya kepada wanita tersebut tetapi ianya boleh menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kesakitan dan juga pendarahan. Cyst adalah sejenis ketumbuhan. Ia bukan kanser kerana cyst tidak merebak secara merbahaya. Ketumbuhan ini membesar secara perlahan lahan tanpa merebak ke tempat lain seperti paru paru dan hati.  Saiznya boleh bertambah selagi ianya tidak menetas dan boleh menjadi seperti saiz biji kacang atau sebesar buah tembikai.

 

  • Obesiti
    • Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Berat badan yang tidak seimbang dapat mengganggu kesuburan wanita, karana tubuh memerlukan 17% dari lemak tubuh di awal masa tempoh haid, dan 22% di sepanjang tempoh haid. Lemak tubuh mengandung enzim aromatase yang diperlukan untuk memproduksi hormon estrogen. Jadi, jika persediaan lemak dalam tubuh tidak memadai, akan memberikan penyebab terhadap ketidaksuburan. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

 

  • Lanjut Usia
    • Pada wanita, begitu masuk usia 35 tahun, kesuburan wanita akan menurun dan semakin menurun drastis di usia 37 tahun sampai akhirnya masuk ke masa menopause di atas 40-45 tahunan. Cadangan sel telur akan terus berkurang setup kali wanita mengalami menstruasi dan lama-kelamaan akan habis saat menopouse. Sebaliknya, usia tidak membatasi tingkat kesuburan pria dimana “pabrik sperma” akan terus memproduksi sel-sel sperma selama anatominya normal. Semakin lewat usia anda, peluang anda hamil adalah rendah. Ia juga merupakan salah satu punca ketidaksuburan wanita. Walaubagaimanapun, ramai wanita lebih daripada 35 tahun juga mempunyai kehamilan dan bayi yang sihat.

 

Ada juga wanita yang masih tidak mengetahui punca masalah kesuburan walaupun telah membuat rawatan kesuburan.  Jadi, setiap permasalahan kesuburan haruslah diketahui dengan lebih jelas bagi memastikan pengambilan vitamin yang diperlukan bersesuaian dengan apa yang diperlukan. Jadi, sekiranya anda telah berkahwin dan menjalani rutin bersama sebanyak 2 ke 3 kali seminggu, namun masih belum berjaya menimang cahaya mata, pemeriksaan dengan doktor pakar amat lah perlu bagi mengenalpasti masalah ketidaksuburan yang dihadapi.

Anda juga boleh memulakan ikhtiar untuk mengandung dengan cara mengambil vitamin Set Kesuburan Wanita Shaklee.

Dan pastikan anda membeli dengan mereka yang arif dan mampu memberi anda konsultasi cara pengambilan supplement Set Kesuburan Shaklee, bertepatan dengan masalah ketidaksuburan yang dihadapi.

Membeli supplement berhabisan beratus ringgit, sekiranya cara pengambilan tidak tepat, anda mungkin hanya membazirkan wang anda!

012-2259665
Pengedar Shaklee Shah Alam dan Seluruh Malaysia

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Please follow and like us:
%d bloggers like this: