Dulu dalam mencari-cari pendapatan sampingan untuk menambahkan pendapatan bulanan, kerja sambilan dari rumah adalah perkara yang terakhir sekali saya fikirkan, kalau dulu dalam kepala kalau nak duit tambahan kena tambah masa bekerja sehingga lewat malam ataupun OT di hujung minggu.

 

Tapi bila menginjak dewasa, baru punyai idea yang sangat bernas bagaimana saya nak pendapatan tambahan dengan membuat kerja sambilan dari rumah yang boleh mendatangkan pendapatan tambahan yang lumayan.

 

Biasalah, kalau dah tinggal di dalam bandar Shah Alam ini perbelanjaan memang tinggi, berada di bandar utama di samping keperluan ekonomi yang semakin meningkat. Masa kerja pula sangat tidak menentu, kadang-kadang terpaksa balik lambat tapi pendapatan masih macam itu sahaja. Tapi ini tanggungjawab kita, jangan lepaskan pula dan berikan pelbagai alasan.

 

Disamping kesibukan kerja, kita sendiri masih memerlukan pendapatan sampingan yang boleh membantu ekonomi kita sendiri. Kita juga yang nak bayar segala macam bil, kita juga yang perlu bekerja untuk mengisi perut dan kita juga yang perlu membantu orang-orang yang terdekat dengan kita, terutamanya orang yang kita sayang.

 

Betul ke betul? Inilah masanya kita buat sesuatu untuk kerja sambilan dari rumah dalam masa yang sama kita boleh “monitor” keadaan rumah kita.

 

Bukan itu sahaja, idea kerja sambilan dari rumah ini adalah idea daripada suami saya sendiri, daripada membazirkan masa main game, main internet baik saya buat perkara yang mendatangkan faedah. Inilah titik tolak bermulanya saya mencari kerja sambilan yang memberikan manfaat untuk diri sendiri.

 

Kerja sambilan ini biasanya boleh dilakukan dimana-mana sahaja, janji ada kemahuan, semangat yang tinggi dan terus cuba melakukannya. Tapi, masa buat itu kenalah fokus betul-betul dengan apa yang anda mahukan.

 

Sebab anda perlu lakukannya dengan komited dan bersungguh, anda perlukan komitment yang tinggi supaya hasil yang diberikan setimpal dengan apa yang anda mahukan. 100% fokus dengan apa yang anda mahukan dan tahu apa yang anda perlu lakukan.

 

Jangan ingat kerja sambilan, boleh menyambil sahaja, anda sendiri kena bina kerjaya dirumah anda. Usaha yang setimpal harus dikeluarkan agar hasil yang diberikan benar-benar memuaskan hati anda.

 

Tapi, anda harus ingat anda sendiri harus mengawal diri anda supaya tidak bercampur urusan antara kerja hakiki dan kerja sambilan di rumah anda. Saya sendiri memulakan bisnes online semasa masih kerja di bahagian Project Management di bidang Automotif, masih seorang pelajar Master secara part time dan juga seorang isteri. Semuanya dimulakan di rumah dan saya cuma ambil masa dua ke tiga jam sehari untuk fokus bisnes online yang saya mahukan.

 

5 kerja sambilan dari rumah yang boleh untuk mereka yang bekerjaya yang boleh jana pendapatan dan buat duit setiap bulan

 

Ramai yang ingat kalau buat kerja sambilan dirumah anda perlu mengeluarkan modal yang besar, tidak sebenarnya ada banyak cara untuk meminimakan pengeluaran modal anda sendiri.

 

Anda tercari-cari kerja di rumah yang boleh menambahkan pendapatan anda? Jom saya kongsikan apakah 5 kerja sambilan yang boleh dilakukan dirumah di mana pengalaman ini antara yang pernah kawan-kawan dan saya praktikkan sehingga sekarang.

 

  1. Guna kemahiran memasak.
  2. Guna kemahiran pekerjaan anda atau profession.
  3. Guna kemahiran seni tangan.
  4. Jadi dropship untuk produk yang sedia ada di pasaran.
  5. Cari “network marketing” yang benar-benar wujud dan punyai sistem yang selamat.

 

5 kerja sambilan dari rumah Untuk Jana Pendapatan Setiap Bulan : Gunakan Kemahiran Memasak Anda

 

Setiap orang wajib memasak dirumah bukan? Ada antara kawan-kawan saya yang memasak setiap pagi sebelum pergi ke tempat kerja. Jadinya mereka mengambil peluang untuk ambil tempahan awal sehari sebelum untuk menyediakan sarapan pagi untuk rakan-rakan sekerja.

 

Ini amat membantu kerana dengan kemahiran memasak yang anda ada, bukan sahaja memberikan makanan untuk seisi keluarga, malah ianya membantu rakan-rakan pejabat yang tidak sempat untuk membeli makanan. Nak pula mereka tahu anda sememangnya pandai memasak dan masakan semuanya sedap-sedap belaka.

 

5 kerja sambilan dari rumah Untuk Jana Pendapatan Setiap Bulan : Guna kemahiran seni tangan anda.

 

Seni tangan memang tak boleh tiru bukan? Apakah kemahiran seni tangan tersebut? Antaranya make-up, menjahit dan mengubah merupakan kemahiran yang tidak semua orang ada. Jadi anda sememangnya boleh menggunakan hasil seni tangan anda untuk membuat kerja sambilan di rumah.

 

Kadang-kadang ada yang inginkan make-up yang simple tapi menarik tanpa menggunakan kos yang banyak. Dan ada juga yang memerlukan hadiah untuk yang tersayang dan menghiasinya dengan gubahan yang menarik. Daya kretiviti anda pasti boleh menambat hati sanubari dan memberikan nilai yang tersendiri. Best kan?

 

5 kerja sambilan dari rumah Untuk Jana Pendapatan Setiap Bulan : Guna kemahiran pekerjaan anda atau profession.

 

Ada juga antara kawan saya yang mempunyai kemahiran didalam bidang teknikal yang boleh membantu rakan-rakan peniaga yang memerlukan modal yang kecil untuk projek yang merekan lakukan.

 

Contohnya, membuat logo, design rumah, design layout office, buat blog, dan macam-macam lagi kemahiran yang ada di dunia ini, Anda hanya cuma berikan masa dan tumpuan seketika untuk buat kerja sambilan dirumah. Cumanya ini mungkin anda memerlukan teknik marketing atau referral person yang mencalonkan anda.

 

Percayalah, sekiranya anda ambil projek yang kecil-kecil ini insyaAllah pulanan yang sangat lumayan. Bayangkan ada kawan saya yang buat projek kecil yang bernilai hampir RM100k, anda mendapat 1% daripada nilai tersebut. Memang kecil, tapi untuk melakukannya anda hanya perlu mengeluarkan masa hanya beberapa jam sahaja.

 

5 kerja sambilan dari rumah Untuk Jana Pendapatan Setiap Bulan : Jadi Dropship untuk Produk Sedia Ada di Pasaran

 

Ini adalah yang paling glamour sekali untuk kerja sambilan di rumah iaitu dengan menjadi dropship untuk produk yang sedia ada. Biasanya untuk “drop shipper” mereka mendapat komisen dengan setiap jualan yang ditawarkan. Contohnya, drop shipper mempunyai bayaran mengikut produk yang dijualkan.

 

Antara kos yang diperlukan untuk menjadi drop shipper adalah antara RM5 sehingga ke RM150, bergantung kepada keperluan dan market produk tersebuh, Anda biasanya hanya perlu menjual dengan memasarkan poster-poster yang sedia di kesemua medium online yang disediakan. Dan sekiranya ada pembeli anda hanya perlu “closed sales” dan membuat bayaran secara online serta pihak ke-tiga akan menguruskan setiap pembelian dari seigi pembungkusan sehingga penghantaran dengan menggunakan sistem yang disediakan.

 

Saya juga menggunakan sistem dropshipper dalam bisness online saya.Yang paling best, sistem ini mempunyai slip gaji bulanan tau. Jom baca disini Bisness Online Dropship dengan Penyata Pendapatan Setiap Bulan.

 

Anda bebas memilih untuk menjadi drop shipper, tapi jangan sampai tersalah langkah. Ada kes kawan saya menjadi drop shipper untuk produk elektronik di mana akhirnya beliau sendiri tertipu dan terpaksa membayar hutang sehingga RM10 000. Malangnya si dia terpaksa menanggung ke semuanya disebabkan customer telah membayar terus kepada beliau. hati-hati dalam pemilihan ya. Minta pada Allah agar dipermudahkan urusan kita.

5 kerja sambilan dari rumah Untuk Jana Pendapatan Setiap Bulan : Cari “network marketing” yang benar-benar wujud dan punyai sistem yang selamat.

 

Network marketing atau Multi-level marketing merupakan cara menjanakan pendapatan sejak dahulu lagi. Tapi dulu biasanya untuk MLM anda perlu membuant jualan secara langsung, tapi sekarang anda mempunyai pilihan untuk menjalankan perniagaan anda di atas talian. Best kan?

 

Dalam Malaysia ini, terlalu banyak sangat MLM sampai orang sceptikal bahawa MLM ni memang haram jadah. Tapi sebenarnya ada caranya, tak semua MLM ni MLM haram jadah. Tak percaya? Saya sudah melaluinya dan memahami apakah MLM yang sebenarnya, yang jadi haram jadah tu bila orang yang membuat tak ikut bisnes manual yang betul dan hanya mengejar pangkat semata-mata.

 

Okay, sebenarnya anda berhak memilih yang mana satu anda nak pergi. Kat Malaysia ni ada lebih 80 syarikat yang berdaftar dengan DSAM (Direct Selling Associate Malaysia) dan yang paling glamor terutamanya adalah produk kesihatan dan kecantikan diantaranya adalah Shaklee, Amway, Herbalife, MaryKay, Avon, Zhulian dan banyak lagilah.

 

Yang  best nya dengan MLM ini, biasanya mereka memberikan kita pelbagai peluang bukan sahaja dalam menjana pendapatan dari rumah, tapi anda juga mampu mendapatkan pelbagai insentif yang disediakan antaranya adalah bonus kereta, dan peluang percutian percuma sama ada didalam dan luar negara. Pilih sahaja anda mahukan yang mana satu, yang penting anda tahu kemana dan bagaimana caranya.

 

Sebab itu lah saya pilih MLM ni, tak perlu nak sakit kepala pasal produk. Kita cuma sediakan medium untuk penjualan sahaja, nak lagi seronok mestilah besarkan bisnes kan? Nak tahu apa dan bisnes online apa yang saya pilih jom baca di Bisness Online Pilihan Saya. 

 

Apa pun pilihan semuanya ditangan anda, anda yang menentukan bagaimanakah dan apakah caranya untuk merealisasikan kerja sambilan dari rumah yang anda ingikan. Jom saya kongsikan sedutan video kenapa saya “enjoy” sangat dengan bisness online Shaklee ini yang merupakan perniagaan dalam talian yang paling mudah.

 

 

Lagi satu, perkaran yang paling best ialah apabila kerja di rumah yang anda lakukan menjadi automated bisnes bila anda memastikan perniagaan dalam talian anda berfungi dengan sendiri. Macam yang saya alami sekarang, dengan hanya bermodalkan RM80 pada awalnya, alhamdulillah dengan ilmu yang dicurahkan, saya berjaya menggenggam 4 angka setiap bulan dengan hanya bisnes online. Menarik bukan?

Please follow and like us:
%d bloggers like this: