Cabaran SEO Dari WCB? Buta sungguh saya tentang SEO ini, sudah banyak kelas yang saya pergi untuk belajar dan memahami apakah SEO itu.

 

Sepanjang bisnes online ini, SEO merupakan nadi bisnes online yang sangat penting bagi memastikan buat Encik Google menyayangi anda sepanjang zaman.

 

Ini adalah kali pertama saya menyertai cabaran SEO ini, rasa sangat tak menentu melihat blogger hebat menyertainya dan sama-sama mahu belajar serta merebut peluang dengan tawaran yang diberikan. Bukan itu sahaja, Cabaran SEO Dari WCB ini sememangnya membantu untuk belajar SEO dalam bisnes online.

 

Bila Tuan Azham mencadangkan saya memang ragu-ragu sebab komitment yang sangat tinggi, tapi atas desakan yang sangat kuat untuk mengetahui cabaran SEO ini, gigih juga membuat semua task yang perlu disiapkan.

 

Bukan calang-calang tau, Tuan Azham telah menyediakan tutorial yang sangat lengkap bermula dengan bagaimana untuk membuat blog iaitu asas pertama untuk bina bisnes online dengan membuat kerja di rumah secara sambilan.

 

Paling best, beliau menggunakan platform utama Google untuk memastikan cabaran yang diberikan adalah “genuine” dan tidak berat sebelah.

 

Entry yang paling terkesan buat saya ialah bagaimana untuk buat Kerja Sambilan Di Rumah Untuk Jana Pendapatan Setiap BulanInilah yang saya lakukan sejak tahun dahulu.

 

Alhamdulillah setakat ini 5 blog yang telah saya kendalikan dan mendapat tempat di hati Google untuk berada di muka yang terawal. Inilah dia kerja dari rumah yang boleh memberika pendapatan sampingan tanpa berada dikedai dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja walaupun ada diluar negara.

 

Apakah yang bestnya Cabaran SEO dari WCB ini?

 

Okay saya kongsikan bila anda sudah menguasai teknik SEO ini ada 7 perkara yang anda pasti tersenyum kegembiraan dan suka. Di mana, dengan teknik SEO yang betul anda boleh :

 

  1. Jana pendapatan dengan lumayan apabila berada di dalam trafik.
  2. Tidak perlu mengeluarkan kos dengan menggunakan SEM (Search Engine Marketing) untuk mendapatkan Trafik, bermakna anda telah mendapat trafik yang percuma serta organik.
  3. Content yang anda lakukan disukai oleh Google dan ianya adalah bonus untuk anda sekiranya menghasilkan teknik SEO yang betul.
  4. SEO adalah perkara yang sangat renyah, tapi apabila anda lakukan, sekali anda buat hasilnya pasti setimpal dengan apa yang anda mahukan.
  5. Membuat iklan di blog anda atau melakukan servis dengan syarikat.
  6. Apabila anda sudah menguasai SEO, tak perlu buat banyak perkara lain, anda sudah boleh fokus dengan closed sale anda setiap hari.
  7. Yang paling terbaik dengan SEO ini, anda tidak perlu mencari pelanggan. Tetapi pelanggan yang akan mencari anda untuk mendapatkan perkhidmatan atau servis anda.

 

Best kan bila dah memahami apakah SEO yang sebenarnya? Jadinya kalau anda benar-benar nak tahu apakah SEO dan nak tahu bagaimana nak belajar mengenai SEO?

 

Saya cadangkan Tuan Azham adalah orang yang layak untuk mengajar anda kerana beliau seorang yang sangat mahir dalam bidang ini serta mempunyai tutorial yang lengkap dengan nota dan video yang disediakan.

 

Sekiranya anda ingin belajar secara berseorangan atau berkumpulan, anda boleh Ke Sini untuk belajar  SEO dari Pakar SEO Malaysia, Tuan Azham WCB << KELAS PERSONAL COACHING SEO WCB >>.

 

Selain dari itu, kelas online juga diberikan oleh Tuan Azham, dan bagi mereka yang berdaftar, anda untuk belajar secara online di << KELAS ONLINE SEO WCB >>

 

Bagaimana Cabaran SEO WCB ini Dilakukan?

 

Cabaran SEO Dari WCB

 

Ha, ramai yang tertanya apakah cabaran SEO WCB ini bukan? Baiklah secara ringkasnya dalam cabaran ini kami wajib membuat beberapa entry di mana Tuan Azham memberikan beberapa tutorial untuk kami memahaminya serta faham bagaimanakah perjalanan SEO sesuatu blog bagi memastikan kita mendapat kelebihan apabila blog ini disayangi oleh Google.

 

Untuk cabaran kali ini, kami buat secara berkumpulan dimana saya berpartner dengan XXXX untuk memastikan entry kami berjaya memenuhi cabaran SEO kali ini. Dalam cabaran ini, kami wajib membuat 5 entry untuk memastikan kemanakah arah tuju blog kami di hati Google.

 

Tawaran yang sangat lumayan daripada cabaran kali ini dimana hadiah bernilai RM13,000 boleh dimenangi oleh sesiapa sahaja yang menyetai cabaran ini. Dan yang paling best ianya terbuka kepada sesiapa sahaja.

 

Jadinya bagi kami yang menyertai Cabaran ini ada dua perkara yang kami perolehi. Pertama ilmu dari Tuan Azham dan yang kedua hadiah yang sangat super awesome. Best kan?

 

Yang paling penting bagi saya adalah ilmu yang dicurahkan oleh Tuan Azham, Pakar SEO Melayu di Malaysia. Rugi kan buat bisnes online tapi asik langgar dinding sahaja. Jadinya saya sahut cabaran ini untuk memastikan anak-anak bisnes online saya tidak langgar dinding macam saya juga.

 

Okay doakan saya ya! Terima kasih kerana sudi singgah. Kalau nak buat bisnes online dengan saya, boleh terus ke sini tau : Bisnes Online Selamat Untuk Jana Duit Dengan Modal Hanya RM80 Dari Rumah dengan hanya membuat kerja sambilan di rumah walau di mana anda berada. Anda bekerja? Jom baca 3 Sebab Kerja Dari Rumah Pilihan Mereka yg Bekerjaya Zaman Sekarang

Please follow and like us:
%d bloggers like this: