Hujung minggu baru ini, Alhamdulillah dalam kesibukan sempat juga menghadiri kelas gout yang disediakan oleh super upline iaitu Master Norita dalam mengetahui lebih lanjut mengenai gout. Sementara menunggu kelas bermula sempat juga berukhwah bersama Kak Rizz, Pengedar Shaklee Klang.

Sementara menanti kelas bermula, kita selfie dulu

Dalam kelas juga, super upline menyediakan 3 Minuman yang super berkhasiat untuk kami juga. Ni yang best sangat pergi ke kelas Kak Norita. Setiap kali kelas mesti ada ESP, Performance Drink, dan Meal Shake. Kombinasi ketiga-tiga ini sememangnya menyelerakan tau. Paling best untuk saya semestinya kombinasi ESP dan juga Performance Drink. Kedua-dua minumam ini merupakan minuman yang paling berkhasiat serta memberikan tenaga segera kepada saya dan menyegarkan. Memandangkan kelas bermula agak lewat, jam 12 saya dah kelaparan, cepat-cepat bancuh ESP dan performance drink. Rasa lemak-lemak manis dan masam membantu perut saya tenang seketika sementara menunggu waktu makan tengah hari. Punya lah kenyang minum sebab terlebih bancuh, sedar tak sedar jam 5 baru saya lunch cum dinner, itu pun sempat balik ke rumah baru sedar tak makan tengah hari lagi. Patutlah orang-orang yang busy jatuh hati sangat-sangat dengan Set Tenaga Segera Shaklee ni tau.

Kelas bersama Dr Anya Tay mengenai bagaimana cara rawat Gout secara alami. Tips dan resepi yang diberikan. Anda punyai masalah? Hubungi 016 215 9665 Untuk mengetahui 1. 9 Cara Rawat Gout, Kurangkan Asid Uric dan Elakkan Serangan Gout 2. 5 Makanan Beralkali terbaik untuk kurangkan asid uric untuk pesakit gout 3. Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout 4. 3 Kumpulan Makanan untuk pesakit gout 5. Resepi jus penawar gout yang mudah dan berkesan 6. Kepentingan Pengambilan Supplement dalam diet seharian untuk pesakit gout 7. Gout akibat keturunan, Fakta atau Auta?

Yeayy…dapat minum free dalam kelas Gout

Sebelum kelas bermula biasanya ada penerangan dan juga kuiz daripada upline saya. Dan bestnya saya dapat menjawap dengan betul. Yeayy, alhamdulillah dapat percuma Alfalfa tau, size yang besar pula tu, Best ke best? Dapat retun balik pula tu dah la pergi kelas, dapat hadiah lagi tu, memang berbaloi-baloi kedatangan kali ini.

Alhamduillah, free gift – KEPERCAYAAN

Yang paling best, kelas ini disampaikan oleh Doktor yang bertauliah tau, iaitu Dr Anya Tay. Beliau merupakan seorang doktor perubatan yang beralih arah ke bidang nutrisi di mana beliau percaya bahawasanya, memperbaiki kesihatan adalah lebih baik daripada mengubati. Beliau memberi cara yang natural dan tidak memberi kesan sampingan kepada semua pesakit.

Dr Anya Tay, Doktor Perubatan mengamalkan Nutrisi yang sihat untuk pesakit beliau

Banyak yang beliau kongsikan antaranya struktur dan fungsi sendi, jenis-jenis masalah sendi yang rosak & bagaimana ianya terjadi, cara alami untuk mengurangkan asid uric, ubat-ubatan yang diberikan oleh pesakit gout, makanan untuk pesakit gout, resepi untuk pesakit gout, kepentingan supplement dalam diet seharian, cara mengatasi gout secara alami, contoh pemakanan yang beralkali dan banyak lagi. InsyaAllah saya akan kongsikan satu persatu.

Bersama SuperUpline & Dr Anya Tay

Dalam perbincangan antara soalan yang paling best ialah, adalah gout ini sebenarnya bukan 100% akibat keturunan tau! Haa, siapa-siapa yang selalu cakap masalah keturunan tu bukan punca utama ya. Jadinya sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana caranya mengatasi gout, anda boleh hubungi saya di talian 016 215 9665. Saya merupakan Shaklee Business Leader yang aktif dalam konsultasi untuk membantu anda mendapatkan manfaat daripada Shaklee. Sehingga berjumpa lagi.

SuperStar Business Leader

 

Please follow and like us:
%d bloggers like this: