​Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua! 9 Pesanan Mentor Saya Dalam Kehidupan ini, tak kiralah siapapun kita: Orang dewasa samada berkerjaya (termasuklah berniaga) atau surirumah sepenuh masa, kena banyak dekatkan diri kepada ALLAH melalui amal2 soleh  Bukan untuk tarik rezeki, bukan untuk banyak sales, bukan untuk naik pangkat... Tapi tujuan utamanya ialah untuk bersihkan hati, terutama dari hasad dengki dan sifat2 mazmumah lain... Dan supaya kuat serta TENANG menghadapi cabaran yang ada dalam dunia perniagaan dan pekerjaan, Termasuklah bila kita nampak orang lain lebih bagus dari kita, orang lain lagi laju dan lagi banyak dapat sales dari kita... Hanya bila iman kita berada pada tahap yang betul, baru kita boleh terima yang itu adalah asbab kehendak (iradah) ALLAH ALLAH nak bagi dia lebih Kita hamba kena redha dan SYUKUR...  syukur dan celebrate kejayaan orang lain, barulah kejayaan sama akan datang dekat kita Tapi kalau hati tak bersih, resah gelisah tak tenteram tengok orang lain berjaya, macam mana nak dapat kejayaan yang sama datang dekat kita? Chances are, kita akan jadi orang yang semakin rendah, dan yang berjaya akan trus berjaya.... Puncanya kerana sikap mazmumah yang ada pada kita, bukan kerana orang... Dengan sikap begini, pergi ke mana pun dalam dunia ni, kita akan berada di tahap biasa biasa aja, mediocre, takkan berjaya sebab SIKAP kita yang bermasalah Bukan orang lain atau bisnes atau produk atau syarikat yang salah Sebenarnya diri kita yang ada masalah hati Andai rasa2 macam kita ada sikap begini, ini caranya macam mana nak bersihkan hati dari keladak2 jiwa yang menghitamkan hati : 1) banyakkan istighfar dan selawat, minimum 1000 sehari 2) solat taubat jadikan kewajipan setiap hari 3) mengaji al Quran sehari 1 juzuk 4) hadiri majlis ilmu  5) berkawan dan dekati orang2 soleh 6) berguru dengan guru yang dapat bimbing kita untuk bersihkan hati  7) puasa 8) Hubungi Ibu bapa dan rapatkan ukhwah Adik beradik Kita 9) Utama kan Suami. Catatan ini adalah untuk ingatan diri saya sendiri sebab tu saya guna kata ganti nama kita kerana saya pun perlu bersihkan hati juga wALLAHu a'lam