Assalamualaikum sahabat maya.. Alhamdulillah hari ini sudah sampai ke 17 Ramadhan 1435 Hijrah. Hari ke 5 sudah tanah bumi Palestin di tindas oleh Israel. Saya terfikir-fikir apakah lagi yang mampu saya berikan kepada rakyat di sana untuk membantu, Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan yang terbaik bagi saya untuk membantu.

Semenjak dua menjak ini sangat viral di FB tentang boikot memboikot. Alhamdulillah telah banyak kesedaran di dalam hati kita untuk menaikkan semangat juangan dalam diri kita. Walau pun kecil inshaAllah lama kelamaan besarlah dia. Di dalam pemikiran saya dalam memerhatikan gambar2 jenama yang yang harus disokong untuk memboikot Yahudi. Persoalannya masihkan saya menggunakan produk mereka?

boikot yahudi

Mana Shaklee?

Ramai betul keyboard warrior mengwar-warkan apa yang dikatakan. Maka bermulalah mencari dan meneliti dan juga bertanyakan pada yang pakar. Bukan En Google semata-mata. Pada awalnya setelah mengetahui kebenaran macam malas je nak tulis tentang isu ni, tapi kena tulis jugaklah sebab akan sentiasa ada sahaja orang yang bertanya kepada saya adakah Shaklee menyumbang dana ke Israel? Semacam sudah tidak larat hendak menjawab, jadi terbitlah entry post ini untuk mereka yang ingin mencari kebenaran.

Kebanyakan yang saya tengok mereka hanyalah print screen dan tidak melalui link yang sebenar. Sebab tak semua yang tahu pasal internal link dan external link yang boleh diguna pakai dalam berblogging. Termasuklah saya di zaman dahulu kala. Ini kerana di setiap gambar mahu pun ayat kita boleh link ke website yang lain. Ok, kalau ada sesiapa yang pernah ternampak link tu cuba lah buka.

Info salah - sila buka link

Ya ALLAH !! Betul ke Shaklee ni sokong Israel?

Sabar..cuba buka link tersebut kerana ia akan pergi ke external link. Di situ kita dapat lihat dimana Keneseth Israel adalah seorang Shaklee Independet Distributor (Pengedar Shaklee) yang menderma kepada Israel. Lambang Shaklee dalam blog beliau membawa kepada website distributor, bukan website Shaklee.

shaklee SID

 

Dalam website beliau ada tertulis,

“When you go to pay for the products it will say you can join or pay as a guest. If you join, you get the products at a discount. Regardless Keneseth receives a percentage based on the total sale”

Di US, Shaklee menggunakan sistem online, affiliate link. Semua distributor Shaklee di US mempunyai website dengan domain **.myshaklee.com. Ini adalah ‘affiliate link’ dimana marketing menggunakan kaedah dimana pembeli boleh terus membeli dan ini membolehkan pemilik mendapat uv daripada pembelian melalui link tersebut. Macam di Malaysia masih lagi baru di panggil eSELL. Tapi di Malaysia kebanyakan SID hanya membuat blog sendiri dengan cara mempromosikan dan berkongsi produk-produk Shaklee dan membuat link terus kepada shaklee2u.com.

Dalam kes ini, bila anda klik dan beli melalui affiliate link Keneseth dan membeli melalui link beliau, Keneseth akan mendapat UV dan ditukarkan kepada rebate, di mana rebate tersebut Keneseth bagi kepada Israel, tetapi bukan ke Shaklee. Jadi Shaklee sememangnya tidak ada kena mengena dengan Israel dan Shaklee tidak langsung menyumbang ke Israel. Shaklee mempunyai keuntungan tersendiri melalui research product mereka.. kerana itu produk Shaklee berkualiti tinggi. Kemudian Shaklee akan bayar pulak ke distributor yang tekun berusaha untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee ini…dan Shaklee juga tiada hak nak tentukan kemana distributor hendak menyumbangkan dana.

Si Keneseth menyumbang ke Israel, kita pulak menyumbang kemana?

Terpulang kepada si SID. Sebab itu saya tekankan kepada diri saya sendiri KENAPA AKU PERLU JOINT SHAKLEE NI? Tak cukup ke gaji aku ni? Alhamdulillah Allah bagi banyak nikmat pada kita, Dia tak bagi nikmat lain yang lain dia berikan. Yang penting apakah matlamat kita. Yang tu biarlah rahsia, nanti lain pulak jadinya nanti.

Saya pernah kongsikan..di dalam FB saya sebelum ini. Mungkin ramai yg tak tahu kisah Saiyyidina Uthman membeli perigi utk umat Islam.. beli dari Yahudi untuk keperluan umat Islam.. Kenapa? Kerana itulah satu2nya sumber air yg ada tapi dijual pada harga yang sangat tinggi.. kalau orang biasa memang tidak mampu nak beli…jadi untuk meringankan beban kaum Muhajirin. ..Saiyyidina Uthman membelinya dan mendermakan buat umat Islam… Nampak tak point sebenarnya? Itulah kelebihan berduit… bukan kata haram membeli dgn yahudi..tapi tengk pada keadaan… dimanakan infak yang kita berikan? sebanyak manakan infak yang diberikan? sampai bilakah infak yang diberikan sebanyak itu sahaja? Nak tahu hukum? Boleh baca di link Zaharuddin Abd Rahman.

Jadi sekarang ni… mari kita periksa balik apakah sumbangan kita… sejauh mana kita berusaha nak berubah nasib kita..sejauh mana kita nak jadi org Islam yg berduit… Pilihan semua di tangan anda. Mahu atau tidak perlu atau tidak. Saya sendiri masih beristiqamah melakukan. Kerana saya hanyalah insan biasa yang cuba mencari kebahagiaan dunia dan akhirat walaupun kadangkali tersasar. Alhamdulillah, Allah masih sayang pada saya, pada kita semua.

4 Fakta Sebenar Shaklee dan Israel yang sudah difahami

  1. Bukan Shaklee yang membuat dana kepada Israel, akan tetapi individu itu sendiri yang aktif dalam mencari penyumbangan ke atas Israel.

  2. Logo Shaklee yang digunakan bukanlah Shaklee Cooperation, akan tetapi Shaklee Independent Distributor yang membawa kepada website distributor, bukan website Shaklee.

  3. Sumbangan yang diberikan adalah melalui pembelian daripada blog beliau, dan rebat yang diterima beliau salurkan ke Dana Israel bukan terus daripada Shaklee.
  4. Shaklee Corp. tiada kena-mengena dalam hal ini.

boycott yahudi

Nak buat sesuatu, kita boleh sahaja buat dan mengikut orang. Ikut sahaja apa mereka buat dan apa yang kita rasakan terbaik untuk diri kita. Tetapi adalah sangat berbeza, bagi seseorangg yang membuat sesuatu dengan ilmu. Beramal dgn ilmu vs beramal tanpa ilmu. Begitu juga di dalam isu boikot. Kita boleh boikot sbb ikut2 orang. Bagus. Tetapi adalah lebih baik kita boikot dgn ilmu. Faham apa yg kena boikot dan kenapa perlu boikot.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

 

boikot yahudi

p/s : saya pernah bersemuka dengan SID yang income nya melebihi 6 angka sebulan. dan tanyakan kepada beliau. betul ke dah 6 angka, macam tak percaya je. kenapa masih lagi meggunakan kelisa MyV? hidup biasa2 sahaja? dan dia berkata pada saya, “Aku ingin hidup membuat pilihan bukan hidup dipilih. Aku mampu membeli lebih dari ini, tetapi ada orang yang lagi memerlukan. Dan inilah caraku yang ditunjukkannya” Masa tu tak faham. Angguk aje la..tapi selepas perjalanan yang masih singkat saya memahami 6 tabung utama yang perlu dibahagikan.

  • Tabung FFA (10%)
  • Tabung LTSS (10%)
  • Tabung NGA (55%)
  • Tabung E(10%)
  • Tabung S (5%)
  • Tabung xx (10%)

Nak tahu? InshaAllah saya akan kongsikan di kemudian hari. Salam Nuzul Quran. Semuanya terletak ditangan anda dan kefahaman anda. Wallahu’alam.

boikot yahudiboikot yahudi

Please follow and like us:
%d bloggers like this: