Kerja dari rumah memang idaman ramai orang bukan? Nak-nak bagi mereka yang bekerjaya, kadang-kadang tuntutan dalam menjaga rumahtangga merupakan salah satu punca kenapa kerja dari rumah merupakan pilihan utama mereka.

 

Tidak semua syarikat yang membenarkan anda melakukan kerja dari rumah, ada cuma tidak semua yang boleh melakukan sistem tersebut. Kebanyakan sahabat saya dari syarikat antarabangsa (US & UK) mereka mempunyai keistimewaan sebegini dimana mereka boleh menyiapkan kerja dari rumah tanpa perlu ke pejabat.

 

Untuk membuat kerja dari rumah, pastinya wajib mempunyai disiplin yang sangat tinggi bagi memastikan kerja dari rumah yang dibawa pulang siap pada waktu dan tempohnya. Kebiasaannya jenis pekerjaan yang boleh dibuat antaranya ialah kerja-kerja yang melibatkan database update atau sistem operasi yang harus dijalankan melalui online.

 

Ini biasanya melibatkan kerja hakiki, tetapi mengikut trend semasa ramai dikalangan mereka yang bekerjaya masih mampu melakukan kerja dari rumah yang membantu mereka untuk menambahkan pendapatan bulanan.
Dan yang paling seronoknya ada dikalangan mereka menjadikan kerja dari rumah merupakan satu tempat yang seronok untuk menghilangkan stress. Bak kata orang putih “Divert your stress to positive energy level”.

 

Kenapa positif? Biasanya kalau Mereka yang berniaga ini keseronokan dia lain macam tau. Kadang-kadang boleh lupa masalah tempat kerja dan rasa tenang-tenang sahaja bila buat kerja dari rumah ini.

 

Memandangkan kebanyakan kawan-kawan saya hampir 80% melakukan kerja dari rumah, saya nak kongsikan 3 Sebab Kerja Dari Rumah menjadi Pilihan Mereka yang Bekerjaya Zaman Sekarang. 


Macam yang saya kongsikan sebelum ini, ada banyak faktor yang memberikan kenapa kerja dari rumah menjadi pilihan mereka yang sudah bekerjaya.

 

3 Sebab Kerja Dari Rumah menjadi Pilihan Mereka yang Bekerjaya Zaman Sekarang – Tambahan duit untuk membeli asset/target specific untuk masa hadapan dan mendapatkan pendapatan yang pasif setiap bulan.

 

3 Sebab Kerja Dari Rumah menjadi Pilihan Mereka yang Bekerjaya Zaman Sekarang – Tambahan duit simpanan untuk bercuti bersama keluarga ke dalam negara mahupun ke luar negara.

 

3 Sebab Kerja Dari Rumah menjadi Pilihan Mereka yang Bekerjaya Zaman Sekarang – Mencari pendapatan yang boleh menyamai dengan pendapatan yang sedia ada untuk berhenti kerja dan kerja dari rumah kerana anak-anak mereka.


 

Tiga faktor ini antara salah satu punca mengapa Mereka yang bekerjaya menjadikan kerja di rumah sebagai pendapatan sampingan Mereka.

 

Masing-masing ada impian bukan. Tak akan ada sebesar zarah pun impian yang kita mahukan akan bergerak tanpa atas usaha kita sendiri. Semakin besar impian yang kita mahukan, semakin besar juga tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Yang penting kita sendiri pandai menjaga masa untuk  membina impian kita.

 

Biasanya Bisness Online menjadi pilihan utama untuk mereka yang bekerjaya ini untuk kerja dari rumah. Memandangkan saya juga memilih untuk berkerja dari rumah, Jom saya kongsikan perkongsian kami bertiga dalam merealisasikan impian kami.

 

Please follow and like us:
%d bloggers like this: